Si dia menyatakan....
Ku berharap yang aku mampu untuk tangkap 24 bintang dan persembahkannya terhadap mu supaya hidupmu sentiasa bersinar
Ku berharap yang aku mampu untuk kumpul 24 lautan untukmu untuk menghilangkan penat lelahmu sepanjang hari
Ku berharap yang aku mampu mencuri 24 galaksi dan jadikan ia langit kepunyaanmu
Ku berharap yang aku mampu mengumpul 24 unsur unsur yang wujud di alam ini dan buat unsur baru sempena namamu
Ku berharap yang aku mampu mengumpul 24 lapisan awan dan menyelimuti mu supaya dirimu sentiasa selesa
Ku berharap yang aku mampu menakluki 24 negara dan menjadikan dirimu sebagai pemerintah untuk kesemua negara tersebut
Ku berharap supaya aku dapat kembali 24tahun sebelum nih dan menjadi orang yang pertama menemuimu...
tetapi pabila hari 12 Ogos itu menjelma, apa yang aku mampu berikan ialah..
24 jam, 24 minit, 24 saat, 24 detik dari masaku untuk berkongsi dengan mu...
dan sekurang-kurangnya, Aku akan sentiasa berkongsi masaku, hidupku, langit ku, dunia ku dan segala apa yang aku ada utk mu sepanjang hidupku
aku mencintai mu selalu dan selamanya...
Selamat Hari Jadi sayangku...~~ (",)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan