disini aku bakal dedahkan beberapa kelebihan dan kekurangan setiap pakej dari service provider yang ada dalam Malaysia nih. Tapi apa yang penting ialah bukan kerjasama, kerana aku nak terangkan perkara yang takde kaitan pun dengan kerjasama. Jadi aku mulakan dengan pengenalan apakah itu broadband, Secara ringkasnya, broadband merupakan jaringan internet yang tinggi kelajuannya dimana mencecah 256kbps. Dengan memiliki broadband maka, lebih mudah untuk :
- Online gaming
- E-transactions
- download VID,MUS,GAMES
- File sharing
Seterusnya, service provider yang wujud kat malaysia nih yang paling popular ada tiga iaitu:
- Celcom
- Streamyx
- Maxis
Seterusnya, terdapat perbezaan ketara yang wujud dalam setiap plan bagi setiap service provider. Setiap plan sebenarnya menawarkan harga yang berpatutan bergantung kepada penggunaan internet. Tetapi anda pasti akan dapat menilai mana satu yang lebih baik untuk memastikan anda tidak rugi melanggan servis broadband ini.
CELCOM
Merupakan service provider yang paling luas dalam Malaysia, hampir meliputi 71%. bayaran permulaan pada asalnya ditetapkan rm799 tetapi sekarang terdapat package penggalakkan hanya bayar rm499 anda dapat pakai broadband, dan seperti biasa jikalau tak puas ati dalam masa seminggu anda boleh pulangkan. Prosedur ini adalah prosedur paling biasa yang ditetapkan pada setiap service provider.
berikut adalah plan plan yang agak berpatutan dengan penggunaan anda:
- broadband Advance

bayar rm98, plus dengan rm499 harga permulaan pakej maka jumlahnya ialah= rm597
- Broadband basic

bayar rm68, plus dengan rm499 harga permulaan pakej maka jumlahnya ialah = rm567
Sebenarnye terdapat byk lagi pakej yang ditawarkan tetapi pada saya..pakej pakej ini merupakan pakej yang terbaik bagi pengguna internet yang sentiasa surf internet pada setiap hari.
STREAMYX

untuk paparan yang lebih jelas sila layari:http://www.streamyx.com.my/get_streamyx/get_streamyx.php?id=getstreamyx_package_standard
Di sini streamyx menawarkan broadband pada harga yang berpatutan, masalah yang akan timbul hanya lah berpunca dari kawasan liputan yang masih terhad. Tetapi Streamyx berjaya menyediakan pakej pakej yang agak berbaloi untuk pengguna internet yang tegar.
MAXIS
Maxis juga menawarkan pakej yang agak berpatutan berbanding dengan celcom, tetapi anda perlu bijak memilih berdasarkan kepada keperluan anda sendiri tapi untuk pengguna internet yang tegar, saya rasakan kurang berbaloi untuk menggunakan maxis kerana mahal pada payment bulanannya iaitu rm168 selain kurang kurang sedikit liputannya berbanding celcom dan streamyx, untuk maklumat lebih lanjut sila layari
http://www.maxis.com.my/personal/broadband/broadband_wireless_main.asp
P1 Wimax
Greater speed, greater coverage, excellent quality ,plug and play, service activation only take within an hour, high speed access, no phone line needed, low upfront payment only =rm100, for the first month need to pay activation fee for rm60, and free for bill but if u need paper bill, need to add extra rm5 per month, ok...aku tunjukkan plan plan p1 wimax


Ok plan plan di atas merupakan plan yang paling berbaloi jikalau anda betul betul mahukan satu servis yang terbaik. Aku merupakan salah seorang pengguna P1 wimax, dan aku sendiri sangat berpuas hati dengan servis jalur lebar ini. Terdapat masalah dari segi coverage di sesetengah tempat, tetapi jikalau permintaan meluas di area yang tertentu, pihak P1 wimax akan menyediakan servis tersebut. Buat masa sekarang area 70% area lembah klang, 30% penang, 40 % Johor bharu, 90% Alor Setar. Dan sekarang berkemungkinan syarikat ini akan meluaskan perkhidmatan di Pahang dan negeri negeri lain.
Kemudiannya, anda perlu paham pasal fair usage threshold, jikalau anda paham akan kondisi setiap service provider maka, anda pasti akan memilih yang terbaik untuk anda, jikalau ade pertanyaan berkaitan dengan p1 wimax, jangan lah segan segan tanya, nak order pun boleh, email ke email saya.. Terima Kasih

6 ulasan:
Ko nak promote broadband p1 tu je kan? kan? kan?
ahahahaa....
Lupa lak nak tanya. Kalo kat Kmamang dpt coverage x?
owh..hahaha..lebih kurang ar...tapi sebab bosan..aku cite je la ape yang aku tau skit skit...hurm...tak silap aku..area belah Timur dia tak masuk lagi..sebab takde orang nak tunjuk interest so far..so..nanti aku akan gi pejabat..then inform dia..aku akan gitau bile dia on kat sana..rasa nye dalam tahun nih juga..
wah..sudah ada blog ya incik?bagus2..
90% alor star?dem..rugi aku amk celcom aritu..dah la prob waktu hujan
weh..ko pijan klasmate ak tuh ke???
pijan yg nama sme ngan ak tuh ke???
aahh..xpercaya..
kalo btol la..
bile nk dtg KUANTAN plak siot? bengang aku ngan STREAMYX!!!
Catat Ulasan